Friday, March 27, 2009

Restoran Che Siti Wan Kembang kini dibuka di KB MALL!!!


ADUN Salor Dato Haji Husam Musa telah merasmikan outlet Sulung Rangkaian Restoran Che Siti Wan Kembang di KB MALL, Kota Bharu.

Rangkaian Restoran Che Siti Wan Kembang menyediakan aneka jenis masakan melayu kelantan.
Bahan mentah adalah dikeluarkan sendiri dari ladang-ladang perusahaan kerajaan negeri kelantan seperti projek etrnakan kambing/lembu , projek pertanian kelantan.

Menu utama - sup tulang lembu salor, gulai daging kambing jamnapari, ikan bakar tok bali,
set hidangan dari serendah RM1 untuk sebungkus nasi lemak.


Thursday, March 26, 2009

Program Bacaan Al-Quran / Yasin dan Solat Sunat Hajat DUN Salor

Anjuran / Galakan : ADUN Salor, Dato haji Husam Musa

Hari : Setiap hari khamis, malam jumaat
Waktu : Selepas solat maghrib hingga sebelum Isya
Lokasi : setiap rumah2 di DUN Salor, setiap masjid, setiap surau dan madrasah.

Radio Internet Kerajaan Kelantan

Kerajaan negeri kelantan mengambil satu langkah bijak dengan mewujudkan perkhidmatan Radio Internet Kerajaan Kelantan.
Radio yang ditransmisi 24 jam melalui internet ini boleh didengari di serata dunia melalui internet melalui laman web, blog dan pelbagai aplikasi "audio client"

Radio Kerajaan Kelantan - Versi Internet ini adalah hasil dari cetusan idea dari exco kerajaan negeri, dato haji husam musa.

Isi program Radio Internet Kerajaan Kelantan:

berita2 dari kelantan, ucapan pemimpin2 kerajaan negeri, pengumuman2 penting, iklaneka perniagaan di kelantan, panduan pelancongan kelantan,tazkirah agama.

Pusat K-Ekonomi DUN Salor







Satu kawasan seluas 5 ekar telah dibangunkan bagi merealisasikan Pusat K-Ekonomi DUN Salor.

Pusat K-Ekonomi DUN Salor menawarkan satu pusat perniagaan bertaraf dunia kepada para usahawan di dalam dan di luar negeri Kelantan. Dengan ruang perniagaan yang pelbagai saiz dan bayaran sewa yang berpatutan, Pusat K-Ekonomi sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan.

Pusat K-Ekonomi DUN Salor dilengkapi dengan sistem rangkaian INTERNET Broadband dan Wireless Internet. Sektor ICT adalah elemen utama di dalam K-Ekonomi dan Pengurusan Maklumat

Pengwujudan Pusat K-Ekonomi ini dapat memajukan industri ICT di negeri kelantan serta ianya dapat menggalakan pertumbuhan Industri -industri hiliran yang lain.

- Bangunan Lot Pejabat, Kedai, Restoran
- Gudang simpanan barang
- Kilang Industri Teknologi Tinggi / Pembuatan
- Kilang Industri Bio-Kimia
- Tapak Pasar Tani / Pasar Malam
- Taman / Padang Rekreasi

Pusat K-Ekonomi DUN Salor ini juga menempatkan INTERNET Data Centre yang disambungkan kepada sistem rangkaian Telekomunikasi / Internet Global.Sistem Pelayan (Server) diletakkan di pusat internet ini.

Jamuan Rakyat & Pameran Produk DUN Salor

PAS kawasan Salor serta ADUN Salor, Dato Husam Musa
setiap pagi jumaat di padang DUN Salor

ATURCARA MASJLIS :

1.Ucapan oleh ADUN Salor, dato haji husam musa.
2.Tazkirah Agama  dan perasmian majlis oleh Tuan Guru Nik Aziz.
3.Pameran Produk DUN Salor - produk2 pertanian dan produk lain2.
4.Pertandingan Pameran Kambing Jamnapari Berkualiti.
5. Majlis tandatangan MOU dengan syarikat -syarikat yang ingin membeli produk2 pertanian dari DUN Salor.

Majlis bermula dari pukul 10 pagi hingga ke pukul 5 tgh hari - hari sabtu

tetamu jemputan : 2 buah bas dari selangor dan kuala lumpur

JAMUAN BERMULA DARI PUKUL 10 PAGI .Nasi kawah  menu gulai kambing, gulai lembu, ayam goreng, telur itik asin.

Menu makanan adalah hasil dari produk-produk pertanian dari DUN Salor sendiri seperti daging lembu, daging kambing jamnapari, telur ayam dan itik, daging ayam herba, sos cili, sos tomato, bihun salor, mee salor, nasi dari beras berkualiti tinggi salor.

Majlis bermula dengan Tazkirah agama oleh tuan guru nik abdul aziz serta ucapan ringkas oleh ADUN Salor, dato haji husam musa.
Tetamu jemputan, wakil syarikat2 swasta, kerajaan, rakyat dan semua.

Projek Ladang Cili & Tomato DUN Salor

Projek Ladang Cili & Tomato DUN Salor adalah hasil idea dato haji husam musa.
peserta ladang berkelompok akan usahakan ladang cili dan tomato.

hasil ladang ini akan diproses dan dibotolkan terus di kilang makanan dun salor.
sos tomato dan sos cili keluaran ladang ini dipasarkan di pasaran malaysia dan dunia.





Kilang Memproses Makanan : Sos Cili, Sos Tomato, Bihun & Mee DUN Salor

sebuah kilang Memproses Makanan : Sos Cili, Sos Tomato, Bihun & Mee DUN Salor milik kerajaan negeri kelantan telah beroperasi di Salor.

Kilang Makanan ini menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Hasil keluaran kilang ini seperi sos cili, sos tomato, bihun, mee kuning dan kuew tiaw dipasarkan di pasaran di seluruh malaysia.
Idea kewujudan kilang pemprosesan makanan adalah dari idea dato haji husam musa, ADUN Salor.

Projek Ternakan Itik Penelur DUN Salor

Projek Ternakan Itik Penelur DUN Salor telah dimulakan.
sebanyak 50 orang peserta yang diberi itik dan reban secara percuma.
Idea projek adalah dari idea ADUN Salor, Dato Haji Husam Musa.
telur2 itik dijual di pasaran tempatan.

Wednesday, March 25, 2009

Pusat Perniagaan & Kewangan Salor








DUN Salor membangun, sebuah kawasan perniagaan dan kewangan berpusat akan dibina di kedai salor.ia adalah satu pusat pertumbuhan baru di dalam DUN Salor.

Pusat perniagaan yang menempatkan bangunan rumah kedai itu akan menempatkan blok-blok kedai, restoran,ruang pejabat, bank

Pusat perniagaan ini juga mempunyai 1 kawasan padang serba guna yang luas menempatkan tapak pasar malam  dan pasar tani.

projek ini adalah dari idea ADUN Salor, dato husam musa.

Program Membela Nasib Anak Yatim dan Ibu Tunggal DUN Salor



ADUN Salor, dato paduka haji husam musa mengadakan dana khas utuk anak yatim di DUN Salor.
Setiap anak yatim akan diberi bantuan makanan, pakaian, buku sekolah dan wang saku sekolah sebanyak RM50 seorang setiap bulan. 

seramai 500 orang anak yatim terdapat di dalam DUN Salor

Ibu tunggal juga tidak dilupakan . mereka diberi bantuan  oleh kerajaan kelantan.
ibu tunggal diberi peluang pekerjaan di kilang -kilang, perusahaan -perusahaan di bawah projek ADUN Salor, Yb Dato Husam Musa.

Program Motivasi Pelajar DUN Salor





ADUN Salor, Dato Paduka Haji Husam Musa telah mewujudkan Program Motivasi Pelajar DUN Salor
Program motivasi PERCUMA kepada rakyat ini diadakan 3 bulan sekali.
Pakar motivasi dari seluruh negara dijemput untuk memberi khidmat motivasi belajar kepada para pelajar sekolah rendah, menengah di seluruh DAUN Salor



Ladang Ternakan Ayam Herba & Telor Salor berjaya










Projek Ternakan Ayam Herba Salor  dibawah kelolaan dato husam musa telah berjaya.

Ayam-ayam herba ini dibekalkan kepada HPA Industries yang mengusahakan rangkaian restoran Radix Fried Chicken di seluruh malaysia. Selain mengeluarkan ayam untuk daging, ladang ini juga menghasilkan telur ayam yang berkualiti tinggi. Daging ayam dan telur salor dipasarkan di kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasar-pasar besar di sleuruh malaysia.



Para petani yang usahakan ladang ternakan ayam amat berusa hati dan berterima kasih dengan projek idea dato paduka husam musa ini.

para petani yang sertai projek ini ratanya berpendapatan RM1000 - RM2000 Sebulan.
Projek ini berjaya,.Ayam Herba Salor terkenal di mata dunia

Kelas Mengaji Al-Quran dan SOLAT DUN Salor




PAS kawasan salor telah mewujudkan kelas pengajian Al-Quran dan Kelas Intensif SOLAT  yang lebih aktif.
 kelas pengajian Al-Quran dan Kelas Intensif SOLAT ini dinaungi oleh ADUN Salor, Yb. Dato Paduka Haji Husam Musa.

Maklumat kelas : PERCUMA,
Waktu : Ahad, Selasa, Khamis - Pukul 4.00 ptg - 6.ptg
Penyertaan : Kanak-kanal dari umur 5 tahun ke atas.







Projek Ladang Ternakan Lembu dan Kambing Salor Berjaya


25 March 2008 - YB DATO’ HAJI HUSAM BIN MUSA selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan Dan Kebajikan telah membuat kunjungan mengejut di beberapa buah ladang ternakan kambing dan lembu keloloaan Kerajaan Negeri Kelantan di sekitar DUN Salor.

Beliau memilih untuk menjengok penternak-penternak di kawasan dun Kijang yang telah berjaya dengan ternakan kambing yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dulu.  ”Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan” - SURAH AN NAHL, AYAT 5 
 
Wan Hussin B Deraman, 57 antara penternak berjaya yang dilawati oleh Dato Husam. Wan Hussin yang tinggal di Kg Tengku Mahani memulakan penternakan kambing pada akhir Mei 2007 dimana pada ketike itu ternakannya hanya 5 ekor kambing sahaja. Berkat usaha dan kesabaran pada Mac 2009 ternakannya telah membiak kepada 20 ekor.

Beliau memberitahu bahawa harga jualan seekor kambingnya adalah sekitar RM400 hingga RM600 seekor. Dengan hasil jualan tersebut, beliau mendapat purata pendapatan adalah sekitar RM 1000 hingga RM 1500 sebulan.

Selain menjadi penternak kambing, beliau juga menjalankan tanaman sayuran, pokok buahan, pokok kelapa, pokok pisang, tanaman herba, tanaman serai, dan halia, rumput ternakan, ikan air tawar .




Di Kg. Salor, Dato’ Husam turut melawat seorang lagi penternak Nik Majiddi B Nik Mahmud, 36 yang memulakan pemeliharaannya pada 1 November 2007 dengan juga diberikan 5 ekor kambing. Pada Mac 2009, Nik Majiddi telah berjaya menghasilkan 28 ekor kambing.

Harga jualan kambing dijual oleh Nik Majiddi adalah antara RM400 dan RM600. Purata pendapatan yang diperolehi oleh beliau adalah sekitar RM1000 hingga RM2000 sebulan.

Rumusan Projek : 

Hasilkan Kambing berkualiti tinggi untuk makanan, susu 

Projek berjaya, Hasilkan Kambing berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan luar negara 

Pasaran sekarang : individu, peniaga makanan 

Projek inisiatif Kerajaan negeri di bawah YB DATO’ HAJI HUSAM BIN MUSA, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan Dan Kebajikan Negeri Kelantan ini menjadi contoh kepada petani dan peladang, ladang ternak kambing kini banyak diusahakan di seluruh kelantan. Ladang-ladang ternakan kambing dan lembu dapat dilihat di sekitar jajahan kota bharu, bachok, pasir mas, tanah merah, kuala krai, jeli dan gua musang. 

Adalah satu lamgkah pro aktif kerajaan negeri kelantan  bagi mengembangkan membantu membangunkan sumber ekonomi rakyat. 

Negeri Kelantan mengambil satu lagi langkah kehadapan bagi menjayakan hasrat tersebut. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu ingin menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nanti. 
 

Produk daging kambing dan lembu ini dipasarkan ke pasar-pasar, pasaraya di seluruh malaysia.

Produk ini juga dibuat burger


Kuih Akok Salor














Akok Salor , manis, lemak dan sedap. boleh dibeli di gerai akok, kedai salor.Kampung Salor.


Pusat IT dan Perpustakaan Rakyat DUN Salor







25 March 2009 - Salor, Kota Bharu,Pusat IT dan Perpustakaan Rakyat DUN Salor secara rasminya dibuka kepada orang awam.


Perkhidmatan:

- Internet percuma
- Pengunaan Komputer  yang dilengkapi dengan perisian Microsoft Office secara percuma.
- Perpustakaan awam, sediakan buku-buku ilmiah untuk pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak pra-sekolah hingga ke tahap pelajar IPT.


dun salor

dun salor