Thursday, March 26, 2009
Pusat K-Ekonomi DUN Salor
Satu kawasan seluas 5 ekar telah dibangunkan bagi merealisasikan Pusat K-Ekonomi DUN Salor.
Pusat K-Ekonomi DUN Salor menawarkan satu pusat perniagaan bertaraf dunia kepada para usahawan di dalam dan di luar negeri Kelantan. Dengan ruang perniagaan yang pelbagai saiz dan bayaran sewa yang berpatutan, Pusat K-Ekonomi sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan.
Pusat K-Ekonomi DUN Salor dilengkapi dengan sistem rangkaian INTERNET Broadband dan Wireless Internet. Sektor ICT adalah elemen utama di dalam K-Ekonomi dan Pengurusan Maklumat
Pengwujudan Pusat K-Ekonomi ini dapat memajukan industri ICT di negeri kelantan serta ianya dapat menggalakan pertumbuhan Industri -industri hiliran yang lain.
- Bangunan Lot Pejabat, Kedai, Restoran
- Gudang simpanan barang
- Kilang Industri Teknologi Tinggi / Pembuatan
- Kilang Industri Bio-Kimia
- Tapak Pasar Tani / Pasar Malam
- Taman / Padang Rekreasi
Pusat K-Ekonomi DUN Salor ini juga menempatkan INTERNET Data Centre yang disambungkan kepada sistem rangkaian Telekomunikasi / Internet Global.Sistem Pelayan (Server) diletakkan di pusat internet ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment